Assalamualaikum peeps
Semalam aku terigin nak buat kentang putar..
so aku ambik resepi dari internet..tapi sos nya tak berapa nak jadi..
ok la tu first try kan..kalau first try dah jadi memang teror la aku kan.he2
Bahan-bahan untuk Kentang Putar :
6 biji kentang yang bersaiz besar.
1 sudu besar mentega
5 sudu besar susu segar
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Cara-cara :
1.
Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk,
toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih
panas.
2.
Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk
lada hitam.
Tambahan : Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping
cream dalam peti ais. Boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam
kentang putar. Sedap. Bertambah lemak. :D
Sos Kentang Putar.
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
650 ml air
1 biji bawang Holland - cincang halus
1 batang saderi- cincang halus
3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi
1 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cara -cara :
1.Masak air dengan
masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih.
Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
2.Dalam periuk yang
lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung
gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk.
Pastikan api perlahan ya.
3.Tuangkan air rebusan
perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.
4.Masukkan sos tomato
dan sos tiram. Kacau sebati.
Masukkan
kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap
Masak
sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah
berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu
masin lebih. Baru tambahkan garam.
5.Akhir sekali, taburkan
serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa
ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.
p/s: selamat mencuba.resepi nie aku olah sedikit..sebab resepi lama terlampau banyak sangat majerin.sampai muak aku nak makan.
No comments:
Post a Comment