Friday, November 30, 2012

Cameron Highlands.......

Assalamualaikum.....

Actually entry nie dah lame aku simpan dalam draft akibat kemalasan melanda. Hari nie baru la ada sedikit kerajinan nak hupdate kan..Cerita yang dah lama tapi still teringat sampai hari nie..Memang orang kata kenangan lama memang susah nak dilupakan.eceh bermadah pulak.Cameron Highland antara tempat yang sejuk kat Malaysia. Memang dekat dah dengan rumah aku tapi sedih tak ada orang yang nak bawak aku pergi Cameron...tapi akhir nya dapat jugak la merasa ..terima kasih bos...

 
Apartment tempat kami bermalam



Minum teh sejuk-sejuk memang sangat best

Cantik sangat pemandangan kat Cameron
buai laju-laju


oke done =)

Saturday, November 03, 2012

Kentang Putar Ala KFC

Assalamualaikum peeps

Semalam aku terigin nak buat kentang putar..
so aku ambik resepi dari internet..tapi sos nya tak berapa nak jadi..
ok la tu first try kan..kalau first try dah jadi memang teror la aku kan.he2
so ini la hasil nya kentang putar ala KFC..tapi KFC punya lagi sedap la aku rasa...




Bahan-bahan untuk Kentang Putar :

6 biji kentang yang bersaiz besar.
1 sudu besar mentega
5 sudu besar susu segar
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-cara :
1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Tambahan : Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais. Boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar. Sedap. Bertambah lemak. :D

Sos Kentang Putar.
Bahan-bahan :

650 ml air
1 biji bawang Holland - cincang halus
1 batang saderi- cincang halus
3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi
1 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara -cara :
1.Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.

2.Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.

3.Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.

4.Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.
Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap
Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.

5.Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.

p/s: selamat mencuba.resepi nie aku olah sedikit..sebab resepi lama terlampau banyak sangat majerin.sampai muak aku nak makan.



Assalamualaikum..

Hari khamis hari tu pagi2 lagi mak aku dah kejut aku bangun pagi 
semata-mata nak pergi pekan khamis
sebab nya nak cari kasut untuk aku..sebelum nie aku ada cakap kat mak aku..

aku: Mak hafsah nak beli kasut baru la..kasut tak de la nak pergi kelas
Mak: kasut lame kenape,xtak elok k??
aku: dah buruk la mak.he2
Mak: yela tunggu ayah dapt gaji
aku: yeah.

so tercapai la hasrat aku nak beli kasut baru..seriouly aku cakap kasut kat situ semua lawa-lawa..cantik gile..rmbang mata di buat nye..so lastly ak ambik yang ni..see this

orange..warne sama macam kasut aku yang dah jadi arwah..yang kat header aku
so nie la pengganti nya..sayang gile kot dekat kasut lama tu..

alang-alang dah sampai situ aku grab one seluar jeans hitam nie.boleh aku pakai dengan baju korporat aku..hehe..abaikan kan saiz tu ye..orang kurus kering macam aku nie nasib baik ada saiz
*sok kalau aku dah gemuk gedempol mesti aku rindu saiz nie..haha*

p/s: mission accomplishhhh....