Monday, July 25, 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

salam yawww2 nk join gak nie..
fuhhh2 pnt lagi satu jam dah nak tutp segmen nie..
lmbt betul aku tau..




ehem2 sya dgn gaya sopan nye cik Siti Hafsah menjemput anda2 smua untuk kritik
blog sye nie..sila2..jemput...


Nama ku Bedah Binti Bedul

Assalamualaikummmmmm *mcm kanak-kanak ribena bg salam* ececehhh beragan la aku nk jd kanak2 balik..dah besar panjag pn..tp aku tetap tak tinggi2 lg..haha kena mkn celsium banyak2 nie....nama ku sebenar nye Bedah..eh2 tak nie sebenar nye just novel yg baru aku habis bace dlm mse 3 hari berturut2...kelakar gile ceta nie...




synopsis
Namaku Bedah binti Bedul.Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka berdua iaitu Bedul dan Hamidah.Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya dia benarkan penukaran nama.Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa.Oleh itu, aku tidak dibenarkan sama sekali menukarnya. Bagaimana aku akan mendaftar di kolej dengan nama itu?Gadis secantik aku bernama Bedah!Tidak padan, bukan?Dengan nekad, aku menggunakan nama baru di kolej.

Namun, langit tidak selalu cerah.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Hakikatnya, namaku tetap...
BEDAH!


p/s: tp novel nie bnyak kesalan ejaan...tu jer la aku rse kekuragannye..

Sunday, July 24, 2011

Doa untuk yang bercinta

Doa ini khas untuk yg bercinta,baru bercinta atau bertunang....


Bingkisan Doa.
Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin.